Nama berhala berasal dari orang soleh
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Syeikh Sya’rawi berkata: “Orang kafir yang menjadikan bagi Allah seumpama dan setara di kalangan makhluk yang disembahnya.
Sedangkan orang musyrikin tidak sunyi daripada Allah berkenaan dengan uluhiah, tetapi mereka syirik bersamanya dengan yang lain sebagai sekutu-sekutu bahkan mereka kasih kepada sekutu tersebut seperti mereka kasih kepada Allah s.w.t.”
Firman Allah: Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu yang lain dari Allah. Mereka menyintainya sama seperti mereka menyintai Allah, tetapi orang-orang yang beriman amat cinta kepada Allah dan andainya orang-orang yang zalim itu mengetahui – ketika mereka melihat azab di hari akhirat – bahawa seluruh kekuatan itu milik Allah belaka dan bahawa Allah amat keras azab-Nya (tentulah mereka tidak akan mempersekutui Allah). (Al-Baqarah: 165)
Adapun sejarah syirik dinaqalkan daripada Imam Ibn Kathir yang berkata, Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Ibn `Abbas bahawa berhala yang disembah oleh orang Arab adalah bermula daripada kaum Nabi Nuh a.s. Adapun berhala wad disembah oleh Kabilah Kalb, di Daumah al-Jandal.
Berhala suwa’ disembah oleh Kabilah Hudair, berhala yaghuth disembah Kabilah Marad, berhala ya’uq disembah oleh Kabilah Hamdan dan berhala nasr disembah oleh Kabilah Himyar.
Kesemua nama berhala tersebut asalnya adalah nama-nama orang soleh dari kaum Nuh a.s. Setelah orang-orang soleh tersebut meninggal dunia, lantas syaitan membisikkan dan menggoda kaumnya agar membuat patung-patung para solihin tersebut dan menyuruh mereka meletakkannya di tempat-tempat mereka berhimpun. Dan mereka juga disuruh oleh syaitan agar menamakan patung-patung tersebut dengan nama-nama orang soleh tersebut.
Kaum Nabi Nuh melaksanakan arahan syaitan tersebut.
Pada permulaan, mereka tidak menyembah patung tersebut tetapi setelah lama berselang masa dan generasi bertukar, seterusnya dilupakan oleh syaitan tentang asal usul sejarah perbuatannya. Maka akhirnya, mereka menyembah berhala tersebut.
Menurut Ibn Jarir, mereka adalah orang-orang yang hidup pada zaman antara Nabi Adam dan Nabi Nuh. Masing-masing mempunyai pengikut. Setelah mereka wafat, lantas pengikut masing-masing membuat gambar atau patung orang-orang soleh yang mereka ikuti. Mereka berkata: “Kalau kita membuat gambar mereka sudah tentu ibadat kita akan lebih khusyuk kerana dengan melihat gambar mereka kita akan teringat dengan kesolehan mereka.”
Inilah syirik atau penyelewengan akidah yang pertama terjadi di atas muka bumi. Selepas kejadian inilah Allah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya supaya mengembalikan akidah yang sebenar.
Nabi Nuh menyampaikan risalah dan peringatan Allah kepada kaumnya dengan penuh ketabahan siang dan malam, tahun demi tahun namun hasilnya tidak ramai daripada kaumnya yang mengikuti dakwah tauhid dan risalah Nabi Nuh. Menurut Ibn `Abbas jumlah pengikut Nabi Nuh hanya 80 orang dan menurut Ka`ab al-Ahbar bilangan mereka ialah 72 orang.
Ada pendapat menyatakan pengikutnya hanya 10 orang sahaja sedangkan masa dan tempoh dakwah Nabi Nuh amat panjang iaitu mencecah 950 tahun.
Sayid Qutub berkata: “Dalam kalangan manusia terdapat orang-orang yang menyembah bermacam-macam tuhan selain Allah. Tuhan-tuhan itu di masa turunnya al-Quran ini berupa batu-batu, pokok-pokok, bintang-bintang, planet-planet, malaikat-malaikat atau syaitan-syaitan. Tuhan-tuhan itu di mana-mana zaman jahiliah adalah berupa benda-benda, tokoh-tokoh, lambang-lambang atau perhitungan-perhitungan atau pandangan-pandangan.”
Semuanya merupakan syirik khafi (halus) atau syirik zahir (jelas) apabila disebut di samping nama Allah dan apabila dipersekutukan oleh seseorang di dalam hatinya bersama kekasihnya kepada Allah. Dan apatah lagi apabila dia mencabut kasih kepada Allah dari dalam hatinya dan memberi seluruh kasihnya kepada tuhan-tuhan itu, iaitu kasih yang tidak seharusnya diberikan melainkan kepada Allah.
- end-
The above article caught my interest coz yesterday i found a book (in my home....!) about the prophets and it says similar stuff about the gods of the pagans. Ironic.....
So, Kita macamana? Orang cina sembah tok nenek moyang diorang, hindu sembah orang/binatang, People of the Books sembah tuhan yang dah di putar belitkan oleh paderi2 mereka. Kita camna?
What about the pictures/photos we have in our house? Kita tak sembah memenda tu but is it wrong to have them in our house? I've been taught that muslims are not allowed to have patung2 di rumah. The above article seems explain why.
We have been sent to earth for the sole purpose of serving Allah as well as to remind the human beings to serve non but Allah. Have we done that?
Sometimes we get too busy chasing after worldly wealth adn forgot the real reason we're here on earth. sad...........
Nov 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment